Wednesday, May 18, 2011

A wish that touched a teacher's heart

Hi friends..rindu pula saya dengan blog ni..Sempena hari guru yang lalu, ada ka perkara yang menarik berlaku dalam diari kita sebagai pendidik?


Walaupun 16 May 2011 sudah berlalu, tapi saya tetapa ingin wish kawan2 cikgu dan lecturer 'selamat hari guru'..bolehkan ungkapan ini ditukar ke 'selamat hari pendidik?'..rasanya pendidik membawa maksud yang lebih umum merangkumi pensyarah juga dan semua pihak yang tugasnya adalah mendidik..ucapan PM hari tu pun tak sentuh langsung perkataan 'pensyarah'..dia sebut guru sahaja..bukan tidak puas hati dan mahu dijadikan isu tapi setakat mahu berkongsi apa yang dirasa. Saya gembira juga sebab pelajar-pelajar saya pun tidak lupa menghantar ucapan selamat hari guru pada hari itu. Kebetulan 16 May tarikh keputusan peperiksaan pelajar2 politeknik juga dikeluarkan.


Setakat ingin berkongsi juga, saya agak tersentuh dengan sms seorang pelajar yang telah saya ajar kursus Matematik Perkhidmatan Makanan semester yang lalu. Pelajar ini seorang yang agak 'laser' mulutnya dalam kelas tapi sangat bermotivasi mahu belajar. Kerana mulut lasernya itu juga, ada beberapa orang pensyarah juga tidak menyukainya..Tapi bagi saya, tak kisah la mulut laser ka apa ka, yang penting saya ikhlas mengajar dengan mengetepikan semua sifat negatif pelajar..berikut adalah sms yang dihantar pada saya sejurus dia menerima keputusan semester:


sms 1:

'Petang miss. Erra ni DHK3B. Miss terima kasih sebab ajar saya dengan baik dalam kelas selama 1 sem ni. Walaupun miss lecturer baru di polikk tp dengan miss ja sy rapat. Dengan berkat ilmu yang miss bagi sy bersyukur pointer saya sem lalu naik 2.92 dan mendapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ). Menangis dan sangat terharu tengok result tadi miss. apa2 pun, HAPPY TEACHER'S DAY miss. My GBU miss.

sms 2:

'hehe..semua pun sbb miss juga, sy suka cara miss mengajar. sy sgt2 faham apa yang miss ajar. harap2 sem 5 ni miss ajar kami lagi. kalau bukan kerana miss, pointer sy mungkin tak tinggi mcm ni. sy pun menangis tgk result sy td.terima kasih tidak terhingga ya miss sbb sanggup layan kerenah sy. hehe..'

Membaca sms dari student ni membuatkan saya terharu sangat2 juga. Kadang2 kita tidak dapat menjangka apa yang kita usahakan akan diiktiraf sebegitu tinggi oleh seseorang pelajar. Nilai ilmu yang disampaikan tiada bandingnya dan sampai bila2 pun kita akan dihargai. Begitulah kepuasan yang dirasai oleh seorang pendidik kan? Motivasi diri untuk membuat yang lebih baik dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak bangsa sedikit sebanyak mempengaruhi persepsi positif terhadap diri sendiri juga. betul ka itu? hehe..betul..



2 comments:

nc said...

selamat ari guru n pendidik :) kira guru la ba juga kita ni kn..haha

Uzoeiy @ Zoi said...

hehe..ya ba nc..selamat hari guru juga sama ko a...;)