Wednesday, April 27, 2011

'Puan, minta maaf. Saya tidak tau apa-apa'

'Puan, minta maaf. saya tidak tahu apa-apa'.

(Ingin saja saya gambar dan pos nota pelajar tu di sini, tapi tak sampai hati pula)


Sebagai pendidik, apa perasaan kawan-kawan bila pelajar meninggalkan nota di kertas jawapan peperiksaan yang berbunyi seperti di atas?


Sedih. Mahu marah. atau memberi respon seperti 'Nah, padanlah muka budak ni, siapa suruh tidak belajar, selalu ponteng kelas dan bila ditanya faham atau tidak, jawapannya faham saja.'

Kes pelajar yang meninggalkan nota sedemikian adalah pelajar saya sendiri yang mengambil kursus/modul Matematik Perkhidmatan Makanan. Peperiksaan berlangsung semalam atau orang Sabah cakap 'kemarin.' Keluar dari dewan peperiksaan kurang dari sejam peperiksaan bermula.


Kursus ini diajar 5 jam seminggu dan pelajar ni tidak hadir selama 15 jam. Dalam undang-undang politeknik, kehadiran kurang 80% tidak layak menduduki peperiksaan akhir.

Nasibnya baik, bila dihitung kehadirannya masih cukup. So, terpaksa la saya bagi peluang untuk dia menduduki peperiksaan akhir walaupun pada pendapat saya pasti pelajar ini tidak akan dapat menjawab soalan.

Memang betul dugaan saya. Macam mana la mahu jawab kalau banyak topik dia ketinggalan. Nampaknya saya kena jumpa dia lagi semester depan untuk kursus yang sama. Apa yang patut saya lakukan nanti untuk pastikan budak ni berubah?..akan difikirkan nanti..


Agak kontra dengan pelajar saya yang lain yang agak gembira dengan soalan-soalan yang keluar. Kebanyakannya telah kami buat latihan secara insentif dalam kelas. Ada yang siap salam saya dengan penuh keharuan ketika saya memantau mereka sewaktu peperiksaan berlangsung. Gembira sangat dapat jawab soalan la tu. Sebagai pensyarah yang mengajar mereka, terbit perasaan bangga dalam hati, tidak sia-sia saya timbunkan latihan tambahan untuk mereka.

Dan sekarang ini, dalam kesibukan memeriksa 100 set jawapan matematik, sempat juga saya merehatkan mata dan tangan untuk mengupdate blog..hihi..

concentrate sangat pun pening juga kan..

Lepas ni, mau makan biskut dan milo dulu baru sambung tanda paper..Baby dalam perut lapar sudah..:) :)..


Nice day to u all.
create your own banner at mybannermaker.com!