Wednesday, January 21, 2009

Condolence

Around 2pm today, we (i and officemates) got to know one of our ex-student passed away two weeks ago..(May his soul rest in peace).

Terkejut juga dengan berita yang baru diterima. Tetapi akur dengan hukum alam, semua yang hidup akan kembali kepada-Nya.

Namun, apa yang membuat saya sedih, pelajar berkenaan pernah menjadi pelajar saya. Ketika dia masih belajar, kerap juga saya dan beberapa lecturer lain mengikuti perkembangan kesihatannya yang semakin memburuk. Kami juga sebenarnya tidak jelas apa penyakit yang dihidapinya. Namun, selepas seketika kami terlupa untuk terus mengikuti perkembangannya dan hanya mendengar berita bahawa dia sudah tiada. Ayahnya datang ke kolej sebentar tadi membawa sijil mati anaknya dan mungkin datang dengan tujuan menguruskan pinjaman PTPTN.

Walaupun ahli keluarganya mungkin tidak akan terbaca catatan ini, saya tetap mengucapkan TAKZIAH buat mereka sekeluarga. Semoga mereka tabah menghadapai apa yang telah berlaku.

Berita ini membuat saya selalu sedar bahawa nyawa kita bila-bila sahaja akan dicabut dari badan oleh-Nya. Tidak kisah la kita menghidap penyakit teruk atau tidak, atau kita sekarang kita sihat-bugar kalau sudah tiba masa, kita akan meninggalkan dunia ini.

JADI..

Untuk diri sendiri dan semua kawan2, sementara masih hidup dengan riang gembira ni, jom la kita berbuat baik banyak2, sembahyang banyak (walaupun kadang2 ter-miss..hehhe), kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi! (Pinjam Melodi punya cogankata...hihi).

Dengan itu,..adioss!! Biiiiisuk kita jumpa lagi!


create your own banner at mybannermaker.com!