Friday, June 24, 2011

Can u see the 'balls'?

Hehe..yesterday evening after work, i went for baby scanning at a clinic nearby quarters. I was eager to know my baby's gender since i came back from the two weeks course at Institut Aminuddin Baki, Genting Highland.

So, we went..

At first tu doktor tengok2 dulu and print tu baby picture. Then, dia pusing tu skrin computer bagi saya tengok pula,,huhu..nampak la tu baby bergerak2. Doktor bagi tengok bahagian kaki, tangan, kepala, jantung..

then i ask the doctor pula,

'boleh nampak ka jantina dia?

'Boleh..sebenarnya saya sudah nampak tadi. Mari kita cari2 lagi ..' (haha..mcm cari barang tersembunyi pula).

Mata saya pun nda berkelip sudah mencari, ikut tu scanner..

'nah, can u see the 'balls'? bilang tu doktor.

'Macam si Daniel juga ni'..dia bilang lg.

Saya pun tingu la betul2..memang saya nampak ada bayangan bulat2 di celah kaki baby..but honestly, saya pun nda pasti.

Then, doktor kasi tingu lagi,

'nah, yang ini pula dia punya 'batang'..dia bilang.

saya tingu lagi betul2, memang mcm nampak ada satu benda panjang dan cute dekat2 tu balls..

duh, dalam hati saya, mcm konfirm ja baby boy lagi ni..

sedih satu minit ja la..then saya cepat2 cakap dengan doktor,

'nda pa la, yang penting si baby sihat2 di dalam'.

pas tu, doktor pun cakap,

'ada la kawan Daniel nanti ni main bola'. Nda pa, nda la membazir barang mainan Daniel kan?

Ya, doktor. Baju2 pun boleh la si adik pakai..sambil saya senyum2 membalas kata2 doktor tu..(mcm tau2 ja doktor tu yang saya mau baby girl kan?).

Honestly, saya tidak la sedih sangat kalau memang baby boy lagi..Lepas tengok baby di screen tu dan nampak jantina baby, trus otak saya ligat mencari nama baby sudah.

Kalau yang Yong2 Daniel Jeconiah, adik dia?..hmmm..mau fikir2 sudah nama2 yang ada iras2 nama Yong2 juga..thinking and thinking..nda sabar sudah baby keluar pula ni..sebab saya dah plan yang saya mau cuti 3 bulan full! Yeah..hehe!

Sebenarnya ada dua picture baby yang kena print tapi tiada pula bawa di ofis. Nanti la sia kasi share2 ya..:p.



Sunday, June 19, 2011

Leaving Genting 2mrw to be with hubby and son again. Yipee!

Today is last the last day of our long course here in IAB..punya la lega rasanya..hari ni si baby dalam perut pun diam2 ja.

Tidak la mcm hari2 sebelumnya selama 2 minggu di sini..asyik tendang-tendang perut mummy saja. Memang betul la, emosi ibu akan mempengaruhi emosi si baby dalam perut juga. Kalau ibu tension, si baby pun ikut tension juga, tu la pasal asyik tendang2 saja tu.


Hari ini, ketensionan tu dah turun sebab tak perlu kuliah lagi. Esok pagi adalah exam, tapi saya malas mau fikir, susah2 hati. Jawab saja la mana yang dapat.


Tu s/u kursus kami cakap konfirm boleh jawab and lulus..Nanti la malam baru belek2 tu nota-nota. Kejap lagi mau keluar dengan kawan-kawan pigi makan tomyam sana Gohtong. Bosan sudah makanan di cafe sini.


Tapi sebelum tu, saya kasi tingu dulu tu tangga tinggi yang hari-hari kawan-kawan saya naik dari asrama IAB ke bilik kuliah.



Dikenali sebagai 'tangga sihat' di kalangan staff IAB. Terdapat 177 anak tangga untuk sampai ke atas. Nasib la saya pregnant dan ada kawan yang baru dikenali juga, sudi tumpangkan saya setiap hari dengan sorang lagi kawan yang juga pregnant..lepas kuliah mau balik asrama, kalau rajin saya turun la ikut tangga ni, tapi kalau terlampau penat sudah, tumpang lagi kereta kawan..penat o naik ni tangga. Hari pertama tu memang saya naik ni tangga, sebab belum kenal kawan. Ada la dalam 15 minutes baru sampai atas, sebab 5/6 kali berhenti tengah jalan. Kalau saya nda pregnant, nda kesah juga naik ni tangga. Ada kawan yang kursus sama first batch siap kaji jumlah anak tangga yang dinaiki selama 16 hari berada di sini..ya la, bayangkan dalam sehari, naik 2 kali, turun 2 kali. Kalau tambah jadi 4 kali la kiranya guna ni tangga dalam sehari. pas tu darab dengan 4 x 177 = 7,128 anak tangga dinaiki dalam 16 hari. Boleh kurus oo..

****************************************************

hehe..sambung lagi post ni..baru balik dari makan tom yam dengan kawan-kawan. Rasa puas juga la sebab dari awal datang sini memang teringin nak makan tom yam. Tapi tidak puas hati sangat sebab tom yam seafood yang saya bayangkan tidak sama seperti yang dihidang. Kalau di Johor, tom yam sea food memang puas hati sangat makan sebab dalam tom yam tu ada ketam seekor, ada kupang, ada udang masih dengan kepalanya, sotong dan isi ikan. Tapi yang tadi teda..huhu! nda pa la sebab yang penting termakan sudah. Kawan-kawan cakap, sini genting tanah tinggi, tu ketam sama tu kupang nda larat mau naik..haha! Ada-ada ja.


Okay la, sekarang ni mau kemas beg sudah..nda sabar sudah betul mau balik Sabah. Rasanya cukup lama sudah berada di sini. Terbayang-bayang sudah saya besok tarik2 beg di airport mau balik Sabah..haha!

Okay la, till then ya.:)

























Friday, June 17, 2011

Hello From Genting Highlands!

Its a long rest from blogging and only now i feel ease to write something here. Maybe blogger friends already forgotten me..;) Harap-harap masih ada yang ingat saya la kan..

The course that attend here in Institut Aminudin Baki (IAB) is almost coming to the end. Another 4 days to go..yepss..i'm counting..since the first day i came here..

Semangat mau berkursus pun hampir-hampir mau hilang sudah. Too tired physically and mental juga..tambahan lagi dengan membawa si baby dalam perut turun naik kelas..penat oo..apatah lagi sekarang ni, kerap sangat si baby bergerak. Kadang2 macam terasa sakit perut saya ni ditendang2 dari dalam. Lama sangat duduk kan dalam sehari, agaknya dia tak selesa. Time baring2 ja dia diam sikit.

Cerita tentang kursus lagi, dua tugasan penting sudah selesai setakat ini.

Tugasan individu, sudah siap sejak semalam. Sengaja nda mau print dulu sebab kawan2 baik saya belum siap.

Ini la ini kan, mau tunggu kawan juga. Tapi nda pa ba, yang penting sudah siap sebab saya start awal kumpul bahan dan taip contents pun awal. Kawan2 yang lain pula baru mau pening kepala fikir. Padahal besok lusa mau antar sudah..tapi lagi, nda pa ba tu, saya tau diorang akan siap juga itu. Mesti la kasi siap, kalau tidak, tiada markah. Silap-silap kena ulang course ni. Nda ka bikin malu tu..pensyarah kena ulang kursus KIPA..

Tugasan kumpulan pun sudah dibentangkan petang tadi. Maka itulah malam ni otak saya free sikit..ada semangat sikit mau update blog..:)

Eh, ya kan..saya nda bagitau pula kursus KIPA ni apa..

Nama penuh : Kursus Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi.

Kursus ni khusus untuk pensyarah politeknik yang tiada kelulusan ikhtisas aka ijazah atau diploma pendidikan. Macam saya la ini dan kebanyakan pensyarah politeknik di Malaysia.
Mengikut maklumat penceramah tu, kalau yang KPLI(Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) tu, kursus ni diambil selama setahun. Kami pula hanya 2 minggu. Dan bayangkan kepadatan jadual dan kepadatan ilmu juga yang dicurahkan kepada kami. Sampai ada penceramah yang beri kuliah macam keretapi semata-mata mengejar masa untuk memberi input sebanyak mana yang dapat.

Kami yang mendengar?

Macam mau muntah sudah, setengah jam pertama kuliah otak sudah melimpah-limpah maklumat masuk. Terpaksa juga terima sebab memang penting2 semua topik yang dikuliahkan. hampir 2 minggu sudah begini, nasib otak nda pecah..

Yang bagusnya pula, 95% kuliah disampaikan dengan begitu berkesan, sesuai dengan pendekatan andragogi, penglibatan peserta kursus sangat aktif. Pensyarah2 di sini memang profesional dan berpengalaman serta menguasai bidang masing-masing. Manakan tidak, semuanya adalah cikgu-cikgu daripada sekolah yang berpengalaman bertahun-tahun. Mereka memohon menjadi pensyarah IAB, pas tu mengajar cikgu2, pengetua-pengetua, kakitangan sekolah bukan mengajar dan juga pensyarah2 macam kami. Kalau warga sekolah tu, memang tidak asing la nama IAB ni.

Tadi kami sempat meninjau-ninjau carta organisasi di papan kenyataan berdekatan bilik kuliah,ternyata semua pensyarah di sini bertitle 'pensyarah kanan'..huh, patut la semuanya nampak hebat belaka. Bolehkah saya jadi sehebat mereka nanti? Uisehh..soalan tu ba,..haha! Mudah-mudahan. Apa yang penting, kenalah komited dengan tanggungjawab mengajar dan di samping tu menjalankan tugas2 pengurusan juga dengan penuh dedikasi..Cewah..!:)
Kesimpulannya, walau pun belum habis, kursus ni memang menyuntik semangat yang sangat banyak kepada diri saya. Saya paling menghargai topik2 tentang strategi pengajaran dan pembelajaran, pengurusan disiplin pelajar, nilai2 murni penjawat awam dan psikologi pendidikan. Banyak yang boleh diaplikasikan bila balik ofis nanti.

Ok la, cukup dulu setakat ni. Kalau rajin update esok, mau tayang2 gambar kami di Strawberry Farm pula. Mau upload sekarang tapi penat pula perut saya duduk lama2 ni.

So, till then.;)