Wednesday, March 9, 2011

First Day Yong2 Di Taska

Awal sungguh saya update blog hari ini kan? hehe! ermm..sebenarnya fikiran saya tidak tenang sebab hari ni adalah hari pertama Yong2 saya hantar di Taska.
Waktu saya tinggalkan dia tadi, meraung-raung dia nda mau..walau pun di taska tu ada sudah tu 'girlfriend' dia yang namanya si Fara@Faya, anak kawan saya satu ofis. Haha..girlfriend kunu..sebab lepas jumpa satu kali time Hospitality Family Day di Tg Aru Beach sabtu lalu, Yong2 asyik sebut nama dia saja..
Sedih juga kasi tinggal dia tadi..Macam mana sekali pun saya kena tinggalkan juga. Dari parking kereta, saya masih lagi dengar dia meraung-raung panggil mama..huhu..kesian ooo..nda tau macam mana sudah dia sekarang. sudah berhenti menangis ka belum? kalau sy pigi tingu mesti dia menangis lagi bila sy mau kasi tinggal dia...cepat la hari berlalu..tdk sabar mau tau mcm mana kejadian dia hari ni di taska.
oh ya, hari ni juga kami dengan rasminya tinggal di kuarters politeknik. itu yang Yong kena masuk taska hari ni juga. Betul2 tidak tahan sudah berulang-alik dari Sepanggar-Putatan. Tidak tahan kos minyak dan tenaga juga. Apa lagi dalam keadaan saya sekarang. Morning sickness yang mempengaruhi kecergasan badan saya. Harap2 la ini cepat habis.
Bercakap pasal pregnancy sy kali ni, banyak yang saya mau kongsi tapi sya tidak larat mau update blog..
So, bila ada kekuatan nanti baru la saya cuba-cuba menulis lagi..:)