Hai! Hehhe..siou, sia rajin ba konon update blog sekarang. Nanti semester buka, mesti jarang sudah menulis.
Baiklah. Bagi kawan2 blogger yang mengikuti blog saya dari awal 'dilahirkan' mesti pernah baca tentang entry bertajuk My Career Path bertarikh November 28, 2008. Saya juga ada memberitahu yang akan ada siri ke-2. Jeng Jeng Jeng! Inilah sambungannya.
Job Number 3: Waitress - Part Timer
Ingat ka dulu, selepas dapat result STPM saya dan kawan saya tu resign notis 24 jam dari tu kedai Lo & Brothers. Selepas tu, saya tidak kerja lagi sehinggalah mendapat panggilan untuk mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Sabah sebagai mahasiswi Ijazah Pengurusan Perniagaan mengkhusus dalam Hotel Management bermula dari June 1999-2002.
Di sanalah saya berjumpa dengan Kay Abdullah aka Cath, NancyPeter @ Nc, Sal dan Michelle Tan (yang ada blog). Kami menjadi rakan sekursus selama 3 tahun. Dan amazingly, menjadi rakan serumah pula dua semester kalau tak silap dan pada final year kami di UMS. Banyak betul kenangan manis kami ni tau, termasuklah yang paling diingati bergambar dengan HANDPHONE antik kami di depan Sekolah Perniagaan Ekonomi, UMS.
Photo source: NancyPeter @ Nc. (edited)
We were Ex-schoolmates & Ex-housemates.
Can you spot the bloggers? (Sal, Cath, me and Nc?)
Kami jugalah yang bersama-sama menjadi part-timer di Shangri La Resort, Tg Aru. Kerja ni lecturer kami yang tolong cari. First time jadi waitress. Saya tidak berapa suka sebab kena teriak oleh senior, piring yang mo diangkat berat2, itu pintu pigi pantry pun bikin panas juga.
Pengalaman yang tidak dapat saya lupa time serving, saya tidak sengaja tersiku rambut seorang auntie yang disanggul tinggi. Kena jeling saya oo..tapi saya dengan selamba meminta maaf. Mana la tidak tersiku, susunan kerusi untuk meja 10 orang sempit2. Lagi pun first time kan, jadi belum champion menyisip2 bila mau serve makanan. Sorry la auntie, nda sengaja. Hehehe..
Gaji time tu rm2 ka rm2.50 sejam. Bagi saya memang tidak berbaloi. Kerja bukan main penat, gaji seciput ja. Tapi apa yang paling penting ialah pengalaman memandangkan ada kaitan dengan kursus yang kami ambil di UMS.
Seterusnya, tempat yang saya pernah kerja jadi waitress ialah di Nexus Resort Karambunai, tempat saya praktikal dan terus kerja selama setengah tahun ja (jun-dec 2002). Direct kerja selepas tamat ijazah. Tak tahan saya oo, penat betul la kerja di hotel.
Saya jadi slim terus dan dapat gastrik juga. Tapi yang bestnya dan saya sangat suka ialah saya dapat praktis berbahasa Inggeris, tahap keyakinan semakin tinggi dan tidak lagi malu-malu.
Saya enjoy sangat kerja di sana tapi tidak dapat mengatasi penat yang saya rasa. Ini menyebabkan saya berhenti pada hujung tahun tu juga. Abang saya kahwin dan saya tidak dapat cuti. Krismas pun tidak dapat cuti. Jadi yang terbaik ialah RESIGN. Lagipun waktu tu saya teringin sangat berehat selepas tamat 3 tahun di UMS.
Mau tau apa lagi yang paling best saya dapat di sana selama 6 bulan?(malu-malu kucing sudah ni mo bagitau)
..tadaaa...Papa Yong2!! siap ada gambar lagi. Ngeheheheee(secret revealed!)..di Nexus la saya menemui hubbyku yang tercinta ini. Nda sia-sia kan saya kerja 6 bulan di sana. Hahaha!
Oh ya, ada satu lagi tempat saya kerja jadi waitress. Restoran Cina di jalan Bundusan. Warna hijau dia punya bahagian luar. Beraircond dan exclusive juga la. Selalu ada tourist dari Taiwan yang lunch di situ. Saya selalu kena layan tourist yang tidak pandai BM sebab yang waiter dan waitress lain tidak berani. Restoran tu boleh nampak dari jalan raya. Hishh..lupa betul namanya. Kerja di sana dalam 3 bulan ja. Every month dapat rm750. Byk overtime. Tak penat macam di hotel sebab buka lunch time 11am-2pm dan buka balik 7pm-10pm. Dari situ saya resign sebab dapat kerja lain.
Dan ceritanya akan disambung ke entry yang seterusnya pula.
So, stay tuned ya!