Tuesday, February 7, 2012

Testimonial

Mesti ramai mummy di luar sana yang telah menggunakan lampin moden atau 'Cloth Diaper' sebagai ganti lampin pakai buang kan?
Setakat ini saya hanya mempunyai 8 CD sahaja. Biasanya semua kena guna dalam sehari. Ingin menambah koleksi tapi belum berkesempatan. 
Walau bagaimanapun, dengan hanya menggunakan 8 CD sudah cukup memberi kesan yang positif terhadap budget lampin pakai buang setiap bulan. 
Biasanya untuk lampin pakai buang saya memperuntukan RM200 sebulan. Dengan penggunaan CD saya berjaya menjimatkan perbelanjaan ke lebih kurang RM80 saja. Kira ok la kan. Sebenarnya yang penting rajin cuci lepas pakai dan keringkan. 
Ada yang telah mengumpul sampai berpuluh-puluh CD, itu lagilah jimat. 

Baby Dane@Bimbim wearing CD with bamboo insert. 

Selesa dan jarang sekali dapat ruam. Mau rajin tukar, selepas 2 jam atau sentiasa cek la, kalau rasa banyak kencing sudah, tukar.:)
Next planning, mau tambah collection CD.
Saya mau beli di sana kedai si Nadia (krisnadia.com.my)..hehe..kalau nda silap nama kedai Babylowe Shop, One Borneo, dibelakang kedai Cotton dia bilang. Jom kita pigi beli ramai-ramai. :)

No comments:

create your own banner at mybannermaker.com!