Saturday, February 18, 2012

Lokan Panggang, at Jalan Sulaman, KK

Siapa minat makan seafood?
Ada sesiapa pernah cuba ka makan 'Lokan Panggang' di gerai-gerai sana Jalan Sulaman? Kalau nda tau di mana, sana yang dekat Politkenik Kota Kinabalu ba..:)

Fresh Lokan. Kalau dalam bahasa Rungus kami panggil 'tagum'. Ingat lagi masa di kampung selalu ikut mama saya cari ni di kawasan paya bakau. Seronok. Sekarang, jarang sangat berkesempatan mencari sendiri 'tagum' ini.  Kalau mau makan, terus beli saja.

Lokan yang telah siap dipanggang dan sedia dimakan. Siap dikopek dan siap dihidang dengan sambal lagi. Sambal digerai yang kami pilih agak sedap juga. Pernah mencuba di gerai yang lain, tidak sesedap gerai pertama kami makan. Malangnya kedai tu teda nama. Tapi saya ingat mana satu la. Gerai yang paling dekat dengan signboard biru kalau nda silap yang ada tulisan kota kinabalu berapa km lagi. 

Proses memanggang in progress.


Panggang guna bahan api asli lagi tu.

Hmm..kalau ada yang mau cuba, pigi la sana Jalan Sulaman ya..sambil minum kelapa bakar dan makan dessert puding kelapa. Tapi teda ambil gambar pula yang itu dua.
Highly recommended untuk kawan-kawan yang datang jauh dari semenanjung. :)
Cuba jangan tak cuba!




2 comments:

kay masingan said...

saya pernah makan sekali saja di sana ni Zoi, sedap tapi inda lama sa sakit perut. rasanya sebab tu sambal dia..

Uzoeiy @ Zoi said...

first time tu nda lgi sy sakit perut cath. pas tu, makan lagi kedua dan ketiga kali, sakit perut sdh..mungkin juga sbb sambal dia kan.