Wednesday, September 8, 2010

Yang ini mama punya, yang itu ipah punya..

My sister sampai dari Sabah pagi semalam. Selepas hantar dia ke rumah, sia terus balik ke ofis.

Kalau la saya ada keta sendiri di sini, mau juga lepak2 di rumah, petang baru balik ofis punch kad. Teda juga student mau ajar kan. Tapi oleh kerana tiada, terpaksa la duduk ofis ja sepanjang hari.

Selepas balik dari ofis, adik sia cerita si Yong2 bawa dia 'tour' dalam rumah.

Mula2 dia buka peti sejuk dan tunjuk mana satu makanan dia, makanan mama dan makanan ipah, housemate sia.

Lepas tu, dia bawa pula adik sia naik ke tingkat atas. Tunjuk mana satu bilik kami (bilik Yong2 dia bilang) dan mana satu bilik ipah. Sama la dengan bilik mandi
'ini ipah punya,' dia ckp..

Ada lagi. Dia cakap dengan adik sia, 'ini semua baju mama, k'. Sambil pegang baju-baju sia.
Tidak habis begitu ja, dia teruskan 'tour' dalam rumah kepada benda2 lain pula..

Pandai betul YongYong sia ni kan.

O ya, petang semalam juga one of my bestie & ofismate juga datang ke rumah. Kawan sia ni selalu kasi manja Yong2 dengan ole2 seperti aiskrim kalau dia datang. Semalam dia datang dengan tangan kosong. Dan selalunya dia akan bagi duit sebagai ganti. Berikut perbualan dia dengan Yong2:

My friend: 'Yong2, Mak Yang takde bawa apa2 tau. Yong2 batuk, mama cakap tak boleh makan aiskrim. Mak Yang bagi duit, nak?'

Yong2: 'Tak nak'.

Saya teringat sebelum ni saya cakap dengan Yong2, kalau Mak Yang bagi duit, Yong2 cakap 'tak nak, okay'. And he did.

Hubby pun nda suka kalau Yong2 terbiasa dengan duit. Tapi sejak saya bagi dia RM1 hari tu, pandai sudah dia minta2 duit..huhu..tapi bagus juga sbb nanti dia masukkan dalam tabung duit dia.

Kembali kepada my friend tadi, bila dia balik2 kena tanya mau ka tidak duit tu, trus dia cakap 'nak'..huhu..budak2. Mana la mau menolak kalau sudah kena bagi, kan?

Saya ingat time saya kecil2 dulu. Mana la ada kena offer banyak kali mau ka tidak kena bagi duit. Kalau ada, seronok la. Kalau tiada, nda apa. Lain betul dengan zaman sekarang.
Jauh sangat bezanya.

Apa pun, saya harap nanti Yong2 besar, dia akan menghargai apa yang mama dan papa dia buat untuk dia. God's willing. :)

8 comments:

Fantastic Ajane said...

jan risau bila besar nti makin bijak mesti appreciate PaMa dia.. ada da tanda2 tu... hehhehe

Uzoeiy @ Zoi said...

hehehe..harap2 kan Jane..tapi memang sa nampak dia smart drpd PaMa dia.

Anonymous said...

eve, fero ba ni.. found ur blog at angelin's.. eee besar sdh c yong2 ko.. how old is he? pintar lagi tu mcm style urg tua berckp hehe.. lancar sdh butul dia berckp ka?
ada sia mo tanya ko ba, psl vacancies d poli, kena advertise d dailyexpress ja ka? sbb haritu sia cek web poli kan, teda yg bahagian career pula.. so mcm mn mo tau tu ah bila ada vacancy? thanx eve.. take care kio..

Uzoeiy @ Zoi said...

Fero, sia balas ko d emel a.

Jujurara said...

sgt aktif dan comel la anak puan...

Anonymous said...

hi again eve, ko rply sini pun buli juga ba..jwb pindik2@simple2 ja hehe..teda sdh emel sia tu.. slalu ada spamvirus so lama sdh sia nda buka..expired suda hehe.. sia hanya mo tau psl vacanc d poli tu ja..if u dont mind to tell me :)

Uzoeiy @ Zoi said...

fero, yaka..ok, boleh. website dia: www.spp.gov.my. Ko tingu tu bahagian pemohon baru (pensyarah PPPT). bila ko klik tu nanti dia buka web baru www.jobsmalaysia.com.my. Di sini boleh daftar. Sia nampak september ni ada interview la. Ba, cepat2 a.

Anonymous said...

fero: thanx so much for the info eve.. nasib baik sia rasa2 mo tanya ko, kalu nda smpi skrg sia mc nda tau.. :) slmt hr raya kio

create your own banner at mybannermaker.com!