Thursday, August 26, 2010

Lima Ratus

Entri sia hr ni dalam bahasa Sabah. Bersemangat sia sebab esok malam sia mau naik kapal terbang besi pigi Sabah. (*-^). Si Yong2 pun bersemangat juga. Tidur pun bulih sebut 'naik kapal terbang'..haha!

Keputusan balik kampung yang dibuat last minit sebab nda dapat balik raya. tiket mahal. Balik time hari kebangsaan pun boleh la. Lagi pun ada kenduri kasi bersih kubur datuk sia sambil kasi simen, bagi cantik biar datuk sia happy rumah dia cantik.

Itu tiada kena mengena dengan tajuk entri sia. LIMA RATUS. hehhe.

Kalau yang kerja kerajaan tau sangat la ini. Yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Semenjak sia kerja kerajaan ni sudah dua tahun dapat 5 ratus. Tahun lalu, dapat untuk menggantikan bonus. Kali ini pula angpau raya la ini katakan.

Sebenarnya ada lagi yang sia tunggu2 ba ini sejak kerja kerajaan. Bonus yang macam dulu2 uncle2, anti2, kawan2 yg lama sdh kerja kerajaan. Dapat bonus sebulan gaji. Wah, siok o kalau macam itu.

Tapi dapat angpau 5 ratus pun syukur sangat la sebab kawan2 yg bukan kerajaan mana ada macam ini kan.

Jadi dengan LIMA RATUS angpau ini, sia rasa negara masih lagi dalam kondisi ekonomi yang belum memberangsangkan. Sebab itu la bonus kepada penjawat awam belum dapat di bagi macam dulu. Mari la kita doakan supaya ekonomi negara kita akan pulih sepenuhnya pada masa depan supaya rakyat lebih makmur.

Sebenarnya, lima minit tadi jari jemari sia rancak menaip Terms Of Reference bagi kursus yang saya selia. Tapi trus tersesat pigi menulis entri untuk blog. Hehhehe...Jangan tiru, nanti kena marah bos korang pula.

Yours truly with hubby and son
Malacca River Bank,
Malacca, July 2010.

2 comments:

dreamChaser said...

uiks..balik kah? alala..blm lagi sa kasi siap gmbr ko o..hehe

wah..bagus la ba tu.. ada bonus2..bulih juga bja gula2 nanti hehe

bah, smpai bila ko balik sini ni

Uncle Lee said...

Hi Zoi, have a good trip. Have fun and and keep well, Lee.