Wednesday, March 18, 2009

Bapa : Binatang Buas

Cuba anda buka Utusan Malaysia Online, hari ini dan baca satu berita dengan tajuk 'Anak ceritakan deraan seks'. Sebaik selesai membaca berita tersebut, tiba2 ja kemarahan, kegeraman yang teramat sangat mendatangi diri. Bapa sepatutnya menjadi ketua keluarga, melindungi keluarga dan banyak lagi tanggungjawab yang harus dipikul. Tapi yang ini? Entah la. Lebih membuatkan saya geram lg ialah isteri kepada lelaki tersebut sedar akan perbuatan suaminya. Suami dengan 'persetujuan' isteri mengurung anak perempuan mereka selama 24 tahun, (dikurung sejak 18 tahun dan sekarang berumur 42 tahun), dijadikan sebagai hamba seks sehingga melahirkan 7 orang anak. Berita tentang ini pernah keluar sebelum ini.(sila baca berita penuh kat Utusan Online)

Kenapa la ada juga manusia macam ini kan? Macam kita yang membaca berita setiap hari akan terkena sakit jantung membaca berita2 cam ni. Di sini, (Johor) Harian Metro adalah surat khabar yang selalu kami beli. Hampir setiap hari ada kejadian bayi dibuang, ngeri dibuatnya. Ada satu berita tu, bapa kepada seorang bayi menghempas anaknya ke tilam sebab anaknya menangis, menyebabkan bayi tu meninggal. Rupa2nya bapa tu sedang 'high' sebab ambil dadah. Kadang2 sa tidak baca berita penuh. Lemas sa rasa seluruh badan bila baca berita mcm tu yg nda pandai habis. Apatah lagi sekarang ni saya jauh dari anak saya.

Apa yang kita harapkan, perlakuan2 diluar tabii manusia seperti ni akan berkurangan dan dapat dibendung.

No comments:

create your own banner at mybannermaker.com!