Friday, June 17, 2011

Hello From Genting Highlands!

Its a long rest from blogging and only now i feel ease to write something here. Maybe blogger friends already forgotten me..;) Harap-harap masih ada yang ingat saya la kan..

The course that attend here in Institut Aminudin Baki (IAB) is almost coming to the end. Another 4 days to go..yepss..i'm counting..since the first day i came here..

Semangat mau berkursus pun hampir-hampir mau hilang sudah. Too tired physically and mental juga..tambahan lagi dengan membawa si baby dalam perut turun naik kelas..penat oo..apatah lagi sekarang ni, kerap sangat si baby bergerak. Kadang2 macam terasa sakit perut saya ni ditendang2 dari dalam. Lama sangat duduk kan dalam sehari, agaknya dia tak selesa. Time baring2 ja dia diam sikit.

Cerita tentang kursus lagi, dua tugasan penting sudah selesai setakat ini.

Tugasan individu, sudah siap sejak semalam. Sengaja nda mau print dulu sebab kawan2 baik saya belum siap.

Ini la ini kan, mau tunggu kawan juga. Tapi nda pa ba, yang penting sudah siap sebab saya start awal kumpul bahan dan taip contents pun awal. Kawan2 yang lain pula baru mau pening kepala fikir. Padahal besok lusa mau antar sudah..tapi lagi, nda pa ba tu, saya tau diorang akan siap juga itu. Mesti la kasi siap, kalau tidak, tiada markah. Silap-silap kena ulang course ni. Nda ka bikin malu tu..pensyarah kena ulang kursus KIPA..

Tugasan kumpulan pun sudah dibentangkan petang tadi. Maka itulah malam ni otak saya free sikit..ada semangat sikit mau update blog..:)

Eh, ya kan..saya nda bagitau pula kursus KIPA ni apa..

Nama penuh : Kursus Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi.

Kursus ni khusus untuk pensyarah politeknik yang tiada kelulusan ikhtisas aka ijazah atau diploma pendidikan. Macam saya la ini dan kebanyakan pensyarah politeknik di Malaysia.
Mengikut maklumat penceramah tu, kalau yang KPLI(Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) tu, kursus ni diambil selama setahun. Kami pula hanya 2 minggu. Dan bayangkan kepadatan jadual dan kepadatan ilmu juga yang dicurahkan kepada kami. Sampai ada penceramah yang beri kuliah macam keretapi semata-mata mengejar masa untuk memberi input sebanyak mana yang dapat.

Kami yang mendengar?

Macam mau muntah sudah, setengah jam pertama kuliah otak sudah melimpah-limpah maklumat masuk. Terpaksa juga terima sebab memang penting2 semua topik yang dikuliahkan. hampir 2 minggu sudah begini, nasib otak nda pecah..

Yang bagusnya pula, 95% kuliah disampaikan dengan begitu berkesan, sesuai dengan pendekatan andragogi, penglibatan peserta kursus sangat aktif. Pensyarah2 di sini memang profesional dan berpengalaman serta menguasai bidang masing-masing. Manakan tidak, semuanya adalah cikgu-cikgu daripada sekolah yang berpengalaman bertahun-tahun. Mereka memohon menjadi pensyarah IAB, pas tu mengajar cikgu2, pengetua-pengetua, kakitangan sekolah bukan mengajar dan juga pensyarah2 macam kami. Kalau warga sekolah tu, memang tidak asing la nama IAB ni.

Tadi kami sempat meninjau-ninjau carta organisasi di papan kenyataan berdekatan bilik kuliah,ternyata semua pensyarah di sini bertitle 'pensyarah kanan'..huh, patut la semuanya nampak hebat belaka. Bolehkah saya jadi sehebat mereka nanti? Uisehh..soalan tu ba,..haha! Mudah-mudahan. Apa yang penting, kenalah komited dengan tanggungjawab mengajar dan di samping tu menjalankan tugas2 pengurusan juga dengan penuh dedikasi..Cewah..!:)
Kesimpulannya, walau pun belum habis, kursus ni memang menyuntik semangat yang sangat banyak kepada diri saya. Saya paling menghargai topik2 tentang strategi pengajaran dan pembelajaran, pengurusan disiplin pelajar, nilai2 murni penjawat awam dan psikologi pendidikan. Banyak yang boleh diaplikasikan bila balik ofis nanti.

Ok la, cukup dulu setakat ni. Kalau rajin update esok, mau tayang2 gambar kami di Strawberry Farm pula. Mau upload sekarang tapi penat pula perut saya duduk lama2 ni.

So, till then.;)





No comments:

create your own banner at mybannermaker.com!