Thursday, April 7, 2011

Just a Friday Note

Betul la apa orang cakap. Seseorang wanita akan mengalami pengalaman yang berbeza setiap kali mengandung. Bagi saya pula, mungkin Tuhan memberi saya kesenangan pada kali pertama mengandung. Semua yang saya alami sekarang adalah berlawanan dengan pengalaman pertama. Cabaran mengandungkan si kecil dalam perut ni saya rasa amat menguji kesabaran dan ketahanan fizikal saya. Mungkin sebab itulah semakin rajin juga jari jemari ini meng 'google' penyebab-penyebab kepada beberapa pengalaman yang dulu tidak saya rasai. Antaranya ialah:


1. Kenapa ibu hamil selalu muntah-muntah setiap pagi, selepas makan? Macam saya pagi tadi, dah sedap2 makan bubur nasi 2 mangkuk kecil, bila sampai kat sinki automatik tekak rasa loya. Habis semua muntah balik. Geram juga rasanya.

Mengikut info dari http://www.infosihatselalu.com.my/ dan http://www.blog.kesihatanonline.com.my/ muntah-muntah yang dialami ibu hamil disebabkan oleh tekanan ke atas yang diberikan oleh bayi yang sedang membesar ke atas perut dan usus kecil. Ye la, uterus si ibu kan makin membesar untuk memberi ruang kepada bayi yang semakin membesar juga. Kali ni tidak tahu la saya sampai bila saya mau muntah2 ni.

Tidak sabar rasanya berlalu. Dulu hubby yang pajak semua 'morning sickness' ni..sampai demam panas 2 minggu..kali ni senyum2 dia sebab satu pun tidak kena sama dia. Tapi bagus juga sebab dia boleh buat semua yang saya tidak boleh.


2. Pedih ulu hati..hmm..kerap sangat saya rasa sejak mengandung. Seolah-olah tidak cukup makan. Tapi sebenarnya bukan kurang makan. Selepas makan, kandungan isi perut si ibu ditolak kembali ke saluran makanan @ esofagus. Kalau yang saya faham secara mudah, makanan tu tidak sampai ke perut la. Pernah sekali gara-gara pedih ulu hati ni, saya bangun jam 3 pagi makan nasi 2 sudu campur air suam dan garam. Setengah jam lepas tu baru boleh tidur balik.


3. kenapa saya cepat lelah / penat..itu disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam badan. Kira kurang la zat besi badan saya ni. Tapi bukanlah tiap hari. Kena makan banyak makanan mengandungi zat besi macam seafood, kekacang, sayuran hijau seperti bayam dan banyak lagi la..tapi kalau memang selera kurang, macam mana juga kan. Terpaksa la saya bergantung sepenuhnya dengan supplement yang hospital bekalkan.


4. Kenapa kaki saya kejang /'cramp'. Biasanya memasuki trimester kedua barulah ibu hamil mengalaminya tapi saya ni terawal pula. Nurse cakap, kurang kalsium. Kali ni, saya tidak berapa suka minum susu ibu hamil. Hari tu belum lagi kena confirm pregnant, sudah saya beli Anmum Vanilla yang 600gm ka 650gm tu.. Hampir dua bulan baru habis. Tekak ni tidak boleh terima pula. Susu kacang soya pun kurang juga. Tak tau la susu lain. belum cuba lagi. Hari ni bercadang untuk shopping barang dapur dengan hubby. Jadi ambil kesempatan untuk survey susu la ni. Dan juga..beli sayur banyak2. Sebab itu ja la yang tekak ni tidak jemu mau makan.


Hmm..mungkin lain orang lain pula pengalaman time mengandung ni. Saya tidak la teruk sangat cuma yang membuatkan saya rasa teruk ni sebab semuanya tidak berlaku dulu. Kira lengkap la barangkali pengalaman mengandung ni. Sudah mengalami yang senang dan yang susah. Yang saya berdebar-debar lagi ni adalah bila nak bersalin lagi..Kalau dulu senang2 Yong2 keluar, adik dia ni i have no idea bilang tu orang putih..huhu!


Oops ya..ada tu makcik cleaner office bagitau saya kan, kalau anak first gigi bawah dia keluar dulu, means anak kedua mesti perempuan. Hasil pengamatan dia kepada menantunya yang sekarang dah anak ketiga. Dia cakap, cucu dia first lelaki gigi bawah keluar dulu. Konfirm katanya kedua ni mesti girl. Betul pula. Then, yang baby girl tu pula gigi atas keluar dulu. Konfirm lagi katanya yang ketiga ni mesti boy. Eh, betul juga lagi..


Jadi, dari pengalaman makcik tu rasanya baby girl la kali ni sebab Yong2 keluar gigi bawah dulu hari tu..happy! (duii..macam yakin ja..hahaa..sebenarnya saja2 ja. tak kisah pun. Yang penting sihat).

Bukan perut sebenar ye!

3 comments:

Lee said...

Hi Zoi, this is very interesting...even though my bahasa sebelum Merdeka boleh faham 35%, ha ha.
You write very well too.
You have a beautiful Sunday. Bila senang drop by.
Best regards.
Lee.

Fantastic Ajane said...

hi zoi...congratsssss...lupa sa wish ko ari tu ooo..:) bagus la second baby to come..yg sa ni first pun xda... u tk k ok..:)

zoi said...

Uncle Lee: arhaha..well actually while writing i think of Uncle Lee also..either you will understand or not..fortunately, dpt faham juga..hehe! Thanks for drop by.

Jane; tengkiu..hehe! ala, jangan ba ko sedih..nanti2 ada tu. will pray for you kio. God mau u enjoy dulu tu sekejap, sbb bila ada baby sudah susah sikit mo tingu wayang..hehe.

create your own banner at mybannermaker.com!